Rolex Deepsea Challenge Oyster, 50 mm, titanium RLX M126067-0002

RM118,100.00

Rolex M126067-0002 - Hung Cheong

Rolex International Guarantee Card - Hung Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangannya, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex yang disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Jaminan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126067

Kes model

Oyster, 50 mm, titanium RLX

Bezel

Sisipan Cerachrom boleh putar searah senggatan 60 minit tahan calar dalam seramik, angka dan senggatan disalut dengan platinum

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 11,000 meter / 36,090 kaki, injap pelepasan helium

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3230, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang

Oyster, pautan tiga keping padu

Permukaan

Hitam terang

Sijil Pengesahan

Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau

Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Deepsea Challenge membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat. Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap.
Rolex Ceramic Bezel and Luminescent Display - Hung Cheong

Permukaan hitam terang

Paparan Chromalight pendarkilau pada permukaan ialah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan satu ciri penting bagi penyelam. Penanda jam dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta-merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.
Rolex Intense black dial - Hung Cheong

Titanium RLX

Titanium RLX ialah sejenis aloi titanium gred 5 yang dipilih oleh Rolex kerana ciri kenirberatan dan ketahanan terhadap pencacatan bentuk dan kakisan. Walaupun tidak sensitif terhadap tekanan abis, jam tangan eksperimen yang menemani James Cameron di Jurang Mariana masih menghadapi masalah kebolehpakaian disebabkan oleh berat jam tangan tersebut kerana diperbuat daripada keluli 904L. Penggunaan titanium RLX untuk menghasilkan penutup dan rantai Deepsea Challenge telah meringankan berat jam tangan dengan lebih ketara: jam tangan ini adalah 30 peratus lebih ringan daripada jam tangan eksperimen yang mengilhamkan ciptaan jam ini. Jam tangan ini juga bercirikan ira yang sangat ketara dengan kemasan satin pada rantai dan penutup – kecuali pelindung putaran jam. Untuk menonjolkan bentuk melengkung cuping, bahagian tepi atas jam telah dipotong serong dan digilap.
Rolex RLX titanium - Hung Cheong
Rolex M126067-0002 - Hung Cheong

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Hantar mesej kepada kami

Memulangkan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong

Rolex Send Message - Model page

Hantar mesej

Sila masukkan mesej anda

Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi

Rolex Deepsea Banner - Hung Cheong Jewellery & Watch
Rolex Deepsea dan

Jam tangan penyelam ekstrem

Teruskan meneroka