Rolex Explorer II Oyster, 42 mm, Oystersteel M226570-0002
RM47,450.00





Jaminan Rolex
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangannya, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.
Meterai hijau
Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex yang disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.
Jaminan Rolex
Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.
Reference
226570
Kes model
Oyster, 42 mm, Oystersteel
Bezel
Tetap, bersenggat 24 jam
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
Permukaan
Hitam
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Kaliber
3285, Manufacture Rolex
Rizab kuasa
Lebih kurang 70 jam
Sijil Pengesahan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
Permukaan
Hitam
Sijil Pengesahan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Bezel 24-jam
Explorer II dilengkapi dengan paparan 24 jam tambahan; jarum khusus yang mengelilingi permukaan dalam format 24 jam berbanding dengan 12 jam yang biasa, menunjuk ke bezel tetap dengan senggatan 24 jam. Fungsi ini membolehkan pemakai membezakan jam waktu siang daripada waktu malam, iaitu satu ciri penting bagi mereka yang menelusuri persekitaran yang sangat gelap seperti gua yang dalam atau tempat yang matahari tidak pernah terbenam seperti di kawasan kutub pada musim panas.

Permukaan hitam
Explorer II mempunyai paparan tarikh, jarum 24 jam tambahan berwarna oren dan bezel tetap berserta senggatan 24 jam yang membolehkan pembezaan waktu siang dan malam. Model ini menjadi jam tangan pilihan bagi ahli speleologi, ahli volkanologi dan penjelajah kutub. Penanda jam dan jarum jam mempunyai paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan sinaran biru yang tahan lama.

Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.


KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hubungi kami
Hantar mesej kepada kami



